Sunday 11 March 2012

teka-teki kawan aku

Once upon the times, aku and geng mengaji aku lepak-lepak depan rumah mak cik yang ajarkan kami mengaji. Waktu tu time kami semua masih kecik-kecik lagi. UPSR pun tak ambik lagi. Di tempat aku dan kekawan mengaji tu ada undang-undang tak diiktiraf. Jika sesiapa datang awal, so giliran dia awal la dan dapat balik awal jugak. Tetapi siapa lambat balik lambat la. Ini ceita aku sambung bahagian huraian nanti. Sekarang aku mahu cerita teka-teki kawan aku.

One day, aku dan kekawan datang mengaji awal. Datang awal sebab nak balik awal. Apabila datang terlalu awal, kami sampai tak tahu nak buat sesuatu. Waktu kecik dulu mesti la 24 hours pikir main saja. Makan main, tidur main, belajar main, mengaji main dan main pun main-main. Kerana terlalu boring, mula la kekadang tu kami nyanyi ramai-ramai.

"Jin bogel, jin bogel, jin terlanjang bogel"

Kerana kami buat ramai depan rumah mak cik mengaji. Ada seorang brader ni memang anti lelaki sungguh mengaji disitu. Mesti ada saja nak memaki suka-suka saja. Kekadang kami kena halau balik rumah, kekadang sampai kawan aku kena terajang. Err. tu la pasal kawan aku gelar dia "nates". Jika ampa terbalikan susunan ayat tu paham-paham saja la. Aku dah lari tajuk lagi.

Okay waktu lepak-lepak buat ramai, kekadang kami suka lawan teka-teki. kekadang main tudung tin, batu seremban semua kami sebat. Asal dapat main sahaja.

Member: Woi! Aku kasi teka teki kat ampa, ampa jawab amacam.?
Semua; Haa. apa dia?
Member: Dia ada 8 kaki tiga kepala. Siapakah dia?

Semua memang pakat sebat. "Itu pak ang. Itu mak ang. Tok ang tak ajaq ka?. Mana ada orang tiga kepala. Cacat. dan bla bla bla". Jawapan yang awesome. No comment!. Last-last dengan selumbernya kawan aku kata

"Cowboy naik kuda pegang ayam"

Terasa macam nak baling seliper jamban pun ada dekat muka kawan tu. Semua pikir penat-penat, dia kasi jawapan macam harem. Tanpa melengahkan masa. Teka-teki seterusnya.

Member: Haa. Jawab teka-teki aku pulak. Ada 10 ekor cicak. Bila satu jatuh kenape yang 9 lagi pun jatuh? Cepat jawab cepat.
Semua: Err. pikiaq sat...

Jawapan budak cerdik jawab."ang dok lestik dia guna getah, sebab tu jatuh. Malam jumaat kena bunuh cicak sebab tu kena lestik sampai semua jatuh". Jawapan yang awesome tetapi kawan aku kata salah. Err jawabnya begini..

"Bila seekor cicak jatuh, lagi sembilan pun tepuk tangan tanda padan muka kat ang. Sebab tu la semua sekali jatuh"



Ikut hati cilake, ikut badan nak kena hempok. Kalau dulu memang la, teka-teki macam harem. Tapi sekarang dah tak ada lagi.

Okay. Aku sambung cerita awal-awal balik yang aku janjikan nak sambung. Persoalannya, kenape nak sampai awal dan balik awal. Hal ini kerana, waktu dahulu lampu jalan tak berapa nak ada. Gelap sahaja, waktu tu kerajaan tak menaik tarafkan lagi status penduduk luar bandar. Tapi aku boleh dikatakan persisiran bandar la cuma sipi-sipi sahaja.


Waktu dahulu gelap, disebabkan selalu sangat lampu jalan dikawasan perumahan aku tu terputus. Kami dilanda kegelapan. Ada kawasan perkuburan pulak tu. Kecut perut jugak kekadang. Mana nak tawu ada pocong ke, toyol ke mawu dok kena kebas duit tiap-tiap hari. Kekadang waktu balik mengaji, ada bebudak pompuan lari balik rumah nangis-nangis. Bertapa bangsatnya kekawan aku takutkan lepa tu.




Kalau dulu la, kekadang bergantung dekat cahaya bulan sahaja. Bila nampak sahaja bulan purnama, semua orang kecut perut. Kan orang tua-tua pernah kata bila bulan purnama mesti anda banyak hantu. At least ada hantu Drakula dan Serigala Jadian. Err memang selalu sangat meremang bulu roma. Tambah-tambah malam Jumaat. Semua pakat balik ramai-ramai. Tapi bila dah besar, tak rasa macam dahulu dah. Tak dak la takut-takut sangat lagi. At least jangan pandang belakang sahaja.




Selepas kerajaan telah menaik taraf. Lampu jalan pun sudah ada. Tak la berjalan didalam kegelapan selepas ini. Tetapi masih sunyi. Sebagai peringatan, bagi sesiapa kekawan dia yang mempunyai lemah semangat dan selalu sangat kena histeria tu, Please jangan takutkan mereka. Mungkin ada akan ditakutkan kembali.

8 comments:

  1. Hhahahaha!!!klakar la bce ... tpi betul gak ...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hahahaha.., best + kelakar bila baca

    ReplyDelete
  4. hahaha...teka-teki cicak 2 best la...

    ReplyDelete
  5. boleh tahan cite ni.. teringat memori msa kecik2 dulu..tp ngaji malam2 xde la..teka teki cicak tu best! xpernah dgr lg..huhu

    ReplyDelete
  6. serius best..gempak gler..:)
    cicak pon tpok tgn..<3

    ReplyDelete