Saturday 27 October 2012

Makan Tempat Granded

Sebagai muqadimah pembukaan aku hari ini, hidup ini umpama layang-layang sekian lama terbang diudara akan terputus jua bila ditakdirkannya. Wow, wow, wow. Aku tak mahu teruskan muqadimah panjang-panjang, nanti ampa menangis tak berlagu susah aku.


I'm just want to share with you all tentang pengalaman aku buat pertama kali makan dikedai yang granded. Semalam abang ipar aku ajak brother aku dan aku pergi lepak-lepak di Queensbay Mall. Aku on saja dengan abang aku. Abang ipar aku dengan bergayanya memecut kereta ala-ala racer kat highway sampai nak terberak-berak aku dalam kereta. Okay I'm lying.


Setibanya sampai di Qeensbay Mall, aku tak tahu apa tujuan sebenar kami pergi kesana. Aku follow saja abang-abang aku. Tiba-tiba, selepas jauh berjalan didalam Mall yang besar gedabak tu. Abang-abang aku turn to the left masuk kedai " ---- ". Kah kah kah! nak tahu kedai apa? cuba ampa teka!






Masuk Restaurant Dome bai, restaurant ala-ala western. Mau aku nak segan silu masuk restaurant granded la jugak. Hati keringnya aku, aku buka saja buku menu tu. Terkejuk gila bai, nasi lemak saja RM28 ringgit. Kalau beli dekat market boleh dapat 28 bungkus siap boleh sedekah dekat anak-anak yatim lagi. Yang itu baru makan kalau minum pulak. "Juice pisang" RM16 ringgit, mahu taknya terbeliak biji mata aku.


Sesudahnya makan, harganya mahu faham-faham la sendiri. Bagi bujang-bujang kalau, harganya bole buat duit belanja makan mereka habis busuk seminggu. Apa-apa pun, Thanks to Abang ipar aku. Bila sembang-sembang balik dengan abang ipar aku, Abang ipar aku ni memang seorang yang hebat, dia pernah main drift waktu zaman bujang dahulu. Kagum gila aku, dan dia pernah berkawan dengan Farid Kamil pada zaman sekolah dahulu. Ini saja kot, aku nak berkongsi. Assalamualaikum.