Thursday 15 March 2012

rumah hantu

Waktu dahulu, kalau nak balik mengaji sahaja mesti lalu dihadapan rumah usang. Rumah itu agak-agak macam rumah hantu Kak Limah. Rumah serupa tongkang pecah tetapi agak seram.




Time dulu-dulu bila nak pegi semayang terawih, aku dengan kekawan mesti jalan dekat rumah usang tu. Walaupu orang kata bulan puasa ni tak ada hantu tetapi terjadi suatu tragedi dekat aku dan member-member.

Kawan: Woi ampa jangan dok lari satgi bila lalu dekat rumah itu. Kita stay in group
Semua: Okay !..

Bila kami ramai-ramai sedang berjalan betoi-betoi depan rumah kosong itu. Tiba-tiba..




Kawan: Bahh !!!
Semua: Woi pak ang bodoh !.. ( terperanjat )

Semua berselerak lari, bak kata orang tua-tua dah macam lari tak pijak tanah. Kami lari tak tengok belakang dah. Semua pikir nak selamatkan diri sendiri sahaja. Record dunia pun boleh kalah macam tu. Habis bangsat gila kawan aku. Ikot hati semua, nak ikat saja dia dekat pokok mampelam dekat rumah kosong tu. Biar padan muka dia kena cekek dengan setan.


Bila time dekat pesta dahulu. Aku memang tak pernah pun main permainan benda alah semua tu. Ada seorang jiran rumah aku ni ajak aku pegi pesta. Anak-anak dia pulak jenis buas-buas pulak tapi tak la macam binatang buas di hutan belantara ataupun di bawah pemantauan Tarzan. Okay, itu aku tipu.

Waktu tu, anak dia gila-gila sangat excited nak masuk rumah hantu. Ala-ala bas doubledecker saja lepa sebat buat jadi rumah hantu. Aku pun kekadang konpius. Itu rumah ka? bas? sebenarnya. Tak pah itu semua belakang cerita.

Pak cik tu belanja aku sekali masuk rumah hantu bengong tu. Macam harem saja lagi. Tak rasa apa-apa pun. Kejap sahaja dah habis. Kot la ada Thrill sikit sempoi la. Tapi time nak keluar, ada percikan air dari atas. Sirius aku cakap, baunya serupa "air kencing babi". Habis busuk nak mampoih. Kununnya nak buat ala-ala air kencing hantu Lansiaq la kunun. Sirius sekali kena serupa nak kena samak 10 kali.



Attention: Tips supaya tidak takut ketika masuk rumah hantu. "Setiap kali berjalan, mata ampa mesti menghadap ke bawah supaya tidak terperanjat". Sekian.

2 comments:

  1. rumah hantu.aq tak pernah masuk kut.kira hg berani rr neh.haha

    ReplyDelete
  2. hg samak ka ???
    hahahah...
    cita hg smua style dow !!!

    ReplyDelete