Tuesday 6 March 2012

peristiwa subjek fizik

Angin bertiup tenang, pohon-pohon mengikut alunan angin seakan melambai-lambai. Suasana agak sunyi. Kring.. Kring.. (loceng berbunyi)

Bermulanya...


Suasana kelas agak riuh rendah ibarat angin monsun timur laut menghantam barat daya tak terungkai satu babak yang terjadi. Setibanya cikgu aku melangkah masuk, terasanya suatu aura disetiap penjuru kelas meresap kedalam kawan-kawan aku.

Cikgu: Murid-murid hari ini kita akan sambung belajar buayar force
Murid: Cikgu buoyant force la cikgu.
Cikgu; bla bla bla. Saya dah tua. Macam apa tu orang kata "manusia tak bole lari dari kesilapan" ya macam tu la baru betoi

Suasana masih ceria-meriah. Untuk membuang masa waktu pelajaran ini, pelbagai karenah yang di tunjukkan oleh kekawan aku. Idea dan akal mereka sepeti mentol yang menyala di atas kepala tanpa kuasa bateri energizer lima kali lebih tahan daripada biasa, dan entah dari mana mentol boleh ada.


Cikgu kelas aku itu sudah tua. Cikgu berbangsa cina. Kalau mula tukar topik, kekadang tu mula la dia cerita habis semua. Itulah bertapa celakanya kekawan aku tu nak permainkan cikgu aku. What the hell.






Selalu sangat kekawan aku buat perkara macam tu. Kekadang tu, cikgu aku perasan yang kekawan aku nak tukar topik. Bila dia perasan dah, mula la dia mengajar dan tak layan kekawan aku. Boleh la kira berapa orang sahaja yang dengar dia mengajar. Yang lain semua lena.

Kalau aku pun, boleh lena rasanya. Mana taknya, ajar macam tak mahu ajar. Cakap pun slow sahaja dah macam lagu dan irama perlu di jaga pitching nya. Tapi menunjukan rasa hormatnya aku terhadap cikgu. Aku jadi burung hantu yang berjaga petang mahu pun malam dan tak terduga mata aku merah like drakula.







Bila ujian peperiksaan tiba. Tak terungkap dan terjawablah jawapannya. Hal ini kerana bertapa buruk punya perangai yang di tunjukkan. Bila soalan bertanya maka jadilah tanda tanya kembali pada soalan. Sesal kemudia tiada maknanya. Walaupun bijak bak Bill Gates, namun ilmu tak dicari maka tergigit la diri sendiri.

Kekawan aku semua bijak tak terkata. Orang tua-tua aku kata, jangan buruk sangka pada orang. Bila lepa lena dalam kelas itu, mesti dok stay up malam belajar. Sekadar renungan dan tenungan aku. Apabila result dan paper pemarkahan dikembalikan memang semua cekang-cekang.



jawapan yang awesome



Bak peribahasa melayu, kebodohan itu mestilah disimpan dan kepandaian mestilah ditunjukkan. Attention: jangan menggunakan peribahasa ini didalam sebarang karangan anda kerana tidak wujud sama sekali. Walaupun aku seorang pelajar, mak pak dan cikgu-cikgu pernah berpesan. Jika tak tahu sangat nak jawab apa jangan tinggalkan kosong.

Tetapi sepanjang hidup aku. Orang yang ambil subjek fizik ni. Otak dia mesti la cerdik berlaka. Kalau kasi budak tadika jawab, pakat dok " nga alif nga, nga alif nga" saja lah.


Zaman persekolah banyak kenangan terindah. I hope this memories will never ending.



4 comments:

  1. Salam.

    Haha. Rasa jahat bila ingat balik. Saya pun tak suka belajar fizik. Sampai nak dekat periksa SPM masih main2. Alhamdulillah, lulus jugak.

    ReplyDelete
  2. mr. sim ka wei?? aq suka kot dia ajar dr miss yeoh oon bee..bhahaa

    ReplyDelete
  3. Bila dah meningkat dewasa ni, mula la kite nak rindu zaman sekolah kan? btw, physics susah nak paham tapi fun. erk

    ReplyDelete
  4. taiko kita maa... sir kof foo yin...
    tdoq2 aq pon dpt c kot pijik...
    bangga jap..

    ReplyDelete