Friday 16 March 2012

nakal dulu

Waktu dahulu cerita kartun jadi cerita kegemaran. Kalau cerita Doraemon tu, semua siap terpacak depan tibi pukul 7 malam. Ada satu cerita kartun aku nak sembang sikit. Ada sesiapa ingat tak cerita ini, cerita Yu-Gi-Oh.
Sesiapa tak berapa nak ingat jom tengok video dulu.




Kalau tengok cerita ini, aku dengan kekawan memang terpengaruh gile. Letak kad sahaja keluar raksasa. Sempoi gile. Ada la satu hari itu keluar permainan kad game dia. Semua pakat dok pegi beli ramai-ramai. Kununnya boleh la keluar raksasa lawan-lawan macam dalam movie tu. Tapi harem kena tipu. Kerana kebodohon yang melampau, kami terjebak dalam satu kes ini. Biasa la, cikgu BM selalu kata itu pengaruh media massa.

Waktu dahulu, time aku dan kekawan aku balik dari solat jumaat, kami singgah satu kedai ni. "Kedai Maniam". Toke kedai dia india. Baru buka juga la kedai dia. Waktu tu, kami pegi usha sikit kedai dia tu, tengok-tengok ada jual kad Yu-Gi-Oh tu. Sirius aku cakap memang tak ada duit time tu. Kawan aku pun hasut aku dengan member lagi seorang.

Kawan: Woi ang ambik cepat, kalau tak aku tak mawu kawan dengan ang!.
Kami: Err. Okay..

Apa lagi, hasutan setan dah terkena. Memang kami kebas kad bodoh tu bawak balik rumah. Time nak keluar kedai tu. Toke kedai ada tanya kami."ampa buat apa dekat belakang tu". Kawan aku sambut dengan slumer saja "tak da pa pa". Kawan aku dengan pakai baju melayu, siap letak kad dekat poket baju dia. Memang jelas-jelas nampak sangat. Apa kebengapnya toke kedai tu entah. Lepas kami macam tu sahaja.


Kad yang awesome


Memang lepas tu aku bertaubat dah. Aku dah cuci tangan. Pada waktu petang, aku dalam perjalan balik rumah. Aku ternampak la kekawan aku tadi tu dekat kedai yang sama. Aku pun pegi dekat lepa.

Aku: Ampa dok buat apa.!
Member: Kami dok gabeleh kad Yu-Gi-Oh.

Aku pun try la masuk kedai tu nak tengok-tengok kad tu. Sirius, aku terperanjat beruk!. Lepa kebas sampai lincin, tak tinggal satu pun. Fuh! dasyat gila. Yang tak disangka-sangkakan. Toke kedai tu tak perasan yang kekawan aku dok keluar masuk ulang-ulang kali dari tadi. Sirius aku tak mawu kata yang toke kedai tu bengap nak mampoih.


Sebagai pengajaran, ampa janganlah mencuri. Kalau dahulu tak apa! kita bebudak lagi. Tak berapa nak tahu sangat. Sekarang dah besar, bawak banyak bertaubat la. Aku dah cuci tangan, ampa jangan ikut aku pulak.

3 comments:

  1. haha pun boleh ^^ tokeh tu buta kod

    ReplyDelete
  2. toke 2 btol2 bte..best..:)
    tringt mse kcik2...(nurul shafiqa mohamad halim)

    ReplyDelete