Wednesday 7 March 2012

cikgu sejarah

Termenung jauh bak dari Los Angeles terus ke Timur Tengah tak terbayangkan zaman persekolahan dahulu kala. Angin bertiup syahdu dan seperti di belai-belai bak pengenang rindu. Sewaktu ketika dahulu..


Nama: Tak ada orang kisah.
Jantina: Perempuan.
Umur: Dalam lima puluh keatas rasanya.
Fashion Rambut: Ala-ala Alley Cat tapi beruban.
Mengajar: Subjek Sejarah

Teringat akan seorang cikgu aku yang pernah mengajar sejarah waktu ketika itu. Walaupun sekejap sahaja cikgu aku mengajar tetapi tetap aku ingat. Disebabkan perangai dan bertapa celakanya kekawan aku itu, mungkin cikgu aku tidak mengajar kami lagi.

Sewaktu dahulu, Err. Didalam kelas, bebudak semua bersembang-sembang. Setibanya cikgu sejarah aku itu masuk, semua masih dalam keadaan optimus tan tahap power. Walaupun cikgu memegang banyak barang, dan keletihan penat berjalan. Haram seorang pun tak tolong. Semulannya sahaja waktu pelajaran...

Cikgu: Baik pelajar,buka buku teks sejarah kita masuk bab 4 hari ini. Kita masuk Malayan Union.
Kekawan: Baik cikgu.





Tak terkata dan tedetik pun sesuatu perkara tak diingini. Suatu aura yang datang meresap kedalam tubuh bak air disembah kebaju maka berat lah jadinya. Mata semakin layu dan sayu, cerita yang berduyun-duyun tidak dapat lagi ditapis.


10 Minit Kemudian....





Selepas 10 minit bertahan, akhirnya kubu pertahan roboh akhirnya. Hanya tinggal kekawan aku yang minat sejarah sahaja. Yang lain semua tertongeng dan tungang terbalik. Sebagai suatu sinonim yang telah terjadi pada masa sekarang ini. "Subjek sejarah itu boring".


Bila sampai sahaja exam, ini lah yang akan berlaku dalam dewan peperiksaan bagi kekawan aku yang mengalirkan sungai lui diatas meja..






Inilah perkara yang lazim dilakukan oleh aku dan kekawan. Orang tua-tua kata, at least jangan tinggalkan kosong.


Mungkin la selepas itu cikgu aku itu malas nak mengajar kami. Cikgu lain mengantikan tempatnya..


Nama: Cikgu Farah. (jangan risau ingat punya)
Umur: Dalam 20 tahun hingga 30 tahun(masih muda)
Fashion rambut: Bertudung(ala-ala wanita melayu terakhir)
Mengajar: subjek sejarah


Ala-ala Cristina Suzanna Stockstill


Baunya wangi semerbak, dari tingkat 3 dah boleh bau dah. Waktu cikgu ni nak masuk kelas, bila dengar sahaja tapak kasut cikgu dari bilik guru. Mak oi, kekawan aku celaka tak celaka, semua pergi sambut siap tolong angkat barang lagi pulak tu.

Ketika mengajar pulak. Kekawan aku semua dapat spirit dari hantu mana pun aku tak tahu. Semua orang tak berkedip walau sesaat. Bila dah exam, semua jawab habis cemerlang.






Bila cikgu kata sahaja SPM buat yang terbaik. Kekawan aku punya la semangat, untuk memikat hati cikgu semua pakat kata " A++" whaterfuck. 


Hidup aku ini kadang-kadang, teringat semua kekawan aku. Kini tinggal kenangan sahaja dengan karenah kenakalan mereka di dalam sudut ingatan aku selamanya. Miss you all guys.

3 comments:

  1. heheh . cantekk .. SEJARAH the BESTT !! :)

    ReplyDelete
  2. cikgu farah ala2 Cristina Suzanna Stockstill ? ? ?
    cantekk lg dri tu lah . .

    ReplyDelete
  3. amboi unk.. ngutuk..

    ReplyDelete