Friday 6 April 2012

kisah tak logik: kasut

Pada zaman dahulu, dunia digemparkan dengan satu tragis begitu hebat dan memberi impak kepada kaum hawa untuk mendapatkannya. Keluaran kasut yang diperbuat daripada kristal, belian, intan permata, bahan api, gas helium dan pelbagai bahan kimia yang dicampurkan sekali gas hydrogen sehingga terhasilnya kasut tumit tinggi yang begitu unit.




Berduyun-duyun berjuta-juta kaum perempuan mahu dapatkannya malahan sang puteri dan ratu-ratu Elizaberth turut bertumbuk untuk merebutnya. Kasut ini juga dibuat hanya sepasang di dunia dengan harga nya tidak ternilai. Angaran harga pasarannya seperti berikut: 7,000,000,000,000,000,00 juta pound seterling..


Pada suatu hari, seorang puteri yang begitu cantik umpama berlian, intan, permata iaitu Puteri Seri Ratna Dewi yang menjadi kegilaan jejaka, putera dan pahlawan handalan seluruh dunia terpaku dengan kejelitaannya. Dengan tampa diduga, Puteri Seri Ratna Dewi telah mengemumkan bahawa sesiapa yang berjaya mendapatkan kasut itu lelaki itu akan menjadi suaminya.


Macam dalam cerita Enchanted


Tragedi di suatu Benua...

Kuala Lumpur, ibu kota. Terjadi suatu tragis yang begitu dasyat tanpa dapat dimanipulasikan lagi.

Shark: Hey Malik, Lu lepas sama itu kasut. Lu tawu ka, anjing macam Lu ni bikin bangsat sama Gua.
Malik: Hey Shark, Lu ingat Lu pakai itu tattoo Lu ingat Lu lagi ranggi. Kerna bapa Lu baik sama gua, Lu ingat Gua tak berani sebat Lu punya muka.
Shark: Ini tempat Gua, Lu ingat Lu bole lari dari sangkar Gua. Kasi itu kasut, kalo tak muka Lu Gua sebat.
Malik: Lu ingat ini sangkar Lu, Gua goyang.!!


Shark terasa hati dengan kata-kata Malik dan terus menumbok kepalanya. Bermulanya..


Malik samseng jalanan..

Shark samseng tahi hidung masin..

Bermulanya satu pergaduhan untuk mendapatkan kasut !. Tumbukan Shark ditangkis dengan begitu baik sekali dan Malik membalas dengan sepakan berapi-api. Shark cuma melihat kerana terkejut dengan kehebatan Malik yang dikata-katakan oleh orang ramai sebelum ini. Shark ditendang seperti peluru dan terpelanting sejauh seribu batu.


Perlawan belum berakhir, Shark lompat keudara dan memlemparkan bajunya terbang melayang keudara lalu berlari seperti super sonic menuju ke Malik lalu membuat upper cut. Malik terpelanting ke udara seperti layang-layang kertas dan rebah ke tanah. Kedua-dua belah pihak semakin sirius untuk mendapatkan kasut dan mengahwini Puteri Seri Ratna Dewi.


Sejurusnya perlawanan mereka berlarutan dalam beberapa hari. Tetiba..




Shark mengambil pistol jenis revolver dari celah tali pinggangnya ala-ala cowboy dan terus menembak lengan Malik sehingga rebah ke tanah. Shark mahu menghabiskan riwayat Shark, tiba-tiba satu tendangan sulung datang dari belakang.

Ajib datang untuk selamatkan Malik yang hampir-hampir terbunuh lalu membuat flying kick ke atas lawannya Shark lalu jatuh tertonggeng tergolek ke muara sungai.


 Ajib vs Shark

 Jai turut terlibat



Malik kembali bangun dan berlawan. Jai datang bertanding dengan Malik dan Ajib versus Shark. Malik dan Jai saling bertumbukan sehingga terbang di udara. Pergerakan mereka seperti kilat menyambar pohon-poh0n berhantu dan saling tidak mengaku kalah. Manakala Ajib dan Shark...


Shark terbang ke udara lalu membuat satu kuasa yang luar biasa dari udara. Shark dengan kuasa "Abu Gun" nya terus menghancurkan Ajib tetapi Ajib tidak mudah mengalah dengan menyihirkannya sehingga menjadi cacat dan tewas.


Perlawanan luar biasa Malik, Ajib dan Jai mula berlangsung. Malik semakin hebat dengan perubahan second form nya "Super Saiyan" dan Jai turut meningkat "rietsu" ketahap tertinggi dengan perubahan Hollow form. Ajib hanya melihat perlawanan mereka itu yang telah menghacurkan separuh daripada persada dunia.

Malik ditetak dengan Zampatou Zangetsu dengan teruk sekali lalu mati terbelah 14 belas. Ajib cuba menyihirkan Jai tetapi gagal kerana Jai itu ialah anak hantu lalu sihirnya terkenanya kembali lalu mati mengeletar. Mulutnya terkeluar pancutan darah bergeleng-geleng dan berbuih seperti tertelan sabun Clorox.

Akhirnya tok imam dan orang-orang masjid menangkap hollow kedalam balang dan dihapuskan begitu saja. Perlawan mereka bertahaun-tahun lamanya untuk mendapatkan kasut hanyalah sia-sia. Kesimpulannya, tok imam telah berkahwin dengan Puteri Seri Ratna Dewi sebagai isterinya yang keempat dengan sahnya.

7 comments:

  1. ahak ! bangang ja cita unk... bulih buat na...

    ReplyDelete
  2. ewah bole pulak mcm tu an.hanya kerana seketul kasut.haha

    ReplyDelete
  3. haha abis la semua cerita hg sebat

    ReplyDelete
  4. hahahaha..rosak cer dragon ball ngan bleach..convert jdi vrsi mlayu plak..hampeh tol :p -aoi-

    ReplyDelete
  5. merepek xagak...but nice boleh buat muka sengih sebentar :)

    ReplyDelete
  6. macam bodoh blog budak nie

    ReplyDelete