Wednesday, 28 March 2012

cerita solat jumaat

Amaran: Cerita ini bukanlah untuk dijadikan tauladan tetapi dijadikan sempadan dan kita haruslah jangan sesekali mempersendakan agama kerana itu tergolong dalam golongan dosa besar.

Once upon the time, hari itu merupakan hari Jumaat. Kawan aku memangil dari luar rumah "Assalamualaikum !. Fahmi ..eee ..!

Aku: Waalaikumusalam. Ye ada ape weyh !!.
Member: Jom pi sembahyang.
Aku: Weyh! ang gila ka apa. Ang nak sembahyang apa pukoi 12 tengahari.
Member: Ala macam biasa la weyh. Kita pegi Game Corner dulu.
Aku: Wow wow wow!!. kejap kejap..

Siriously aku nak kasi tawu. Kami memang gila game time kecik-kecik dulu. Tak kira apa jua mesti kena main game. Aku nak suruh ampa kira tengok. Perjalanan dari rumah aku nak pegi kedai game kejap.

12.00 tengahari - masih berada dirumah. Aku baru nak bersiap-siap
12.10 tengahari - baru nak bertolak ke Game Corner.
12.30 tengahari - habis fast punya aku dengan kekawan aku pegi. Baru nak lock basikal dan check duit.
12.35 tengahari - baru nak cari PC kosong untuk nak main. Kalo penuh kena tunggu kejap.
12.40 tengahari - baru boleh main. Kasi sejam! kawan aku kata dah mai jauh-jauh rugi tak main lama-lama
1.40 petang - kami kelang kabut cabut pasai terlambat nak sembahyang.
1.45 petang - baru selesai buka lock basikal terus pecut pegi masjid.
1.50 petang - Tok imam dah iqamat dah. Kami dok dengar dari jauh. Lagi laju kami kayuh.
1.52 petang - lempak basikal terus. masuk saf jemaah tapi sebelum tu ambik wuduk dulu.

Wow! ni aku nak kasi tawu. Agak-agak time macam tu kami sembahyang dekat mana ye. Adakah di atas rumput di sebelah kubur atau sebaliknya. Kawan aku bagus punya sembahyang dekat tangga. Disebabkan dia paling tua antara kami semua. Aku dan kekawan yang lain mengambil setiap satu anak tangga untuk kami. Peluh tu jangan tanya la.


Waktu dahulu jugak. Ada satu time kami tak sempat nak solat Jumaat terus. Siriosly aku dah insaf time tu. Walaupun masih sempat rakaat kedua. Kawan aku menghasut. "Ala lepak depan masjid sudah la. Nanti lepa habis kita chow sekali". Sirius aku nak cakap. Umpama setan bertopengkan manusia. Tapi aku dan kekawan yang lain pon entah bagaimana boleh dengar cakap setan tu.





Waktu pun sudah berlalu. Kekawan aku semua sudah tinggalkan tabiat lama. Kami sekarang semakin maju kehadapan. Tak dak dah pegi cyber cafe nak main game Half-Life, Counter Strike dan Need for Speed dah. Itu sudah jadi sejarah. Namun, waktu khatib membaca khutbah Jumaat aku ternampak sign board "Dilarang bercakap ketika khatib membaca khutbah". Secara tidak langsung aku membacanya. Kan itu aku bercakap.

Aku perati lagi sign board sebelah pulak. Sila silent kan hand phone anda. Wow sirius ini, Kalo tak silent, mana la nak tawu keluar ringtone Greenday ka, Lagu Korea ka. Sirius itu jiwa kacau, muka mesti tebal dan berpeluh. Kalau ringtone keluar lagu Maher Zain, Sami Yusuf, lagu nasyid macam lagu Opick ka tak pah lagi. Sirius aku kasi tawu, senang tak payah pakai phone, itu yang terbaik.





Err. Waktu dahulu, bebudak mesti solat saf belakang. Aku dan kekawan jugak tergolong dalam kalangan itu. Secara tak sengaja, terjadilah satu peristiwa. Tok Imam membaca surah Al-Fatihah. (habis)

Jemaah dewasa: Aminnn!!...
Saf bebudak: Aminnnnnah!!..

Secara tidak sengaja aku terdengar seorang bebudak berkata begitu. Aku cuba menahannya, tetapi aku dengar suara pelik dari kawan aku. Aku cuba menoleh kekiri pelahan-lahan dan ternampak kawan aku tergelak. Aku cuba tahan hasutan syaitan itu. Tetapi kekawan aku masih tersengeh lagi pasai itu. Wow semua sekali tak khusyuk sembahyang. Habis cerita, aku pun join sekali dengan mereka. Aku tak pernah terlintas yang kata-kata begitu boleh terkeluar waktu sembahyang. Tapi itu bebudak lagi.





Waktu habis sembahyang dahulu, sirius aku cakap "kasut hilang". Waktu dulu aku tinggal di asrama, kami akan solat Jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang. Aku tak tahu sangat kenapa la kasut aku jadi pilihan ramai. Kasut aku jugak la lepa nak curi. Nak kata kasut aku jenama Adidas,Asadi, Nike, Converse, Everlast ka itu semua sama sekali tidak. Aku sebat seliper jamban saja pegi sembahyang pun masih ada orang nak mencuri. Nak kata orang ka setan yang mencuri ni. Takkan la pulak Vampire nak kebas siliper jamban aku pulak kan. Mana bole, Vampire kalo kena cahaya matahari nanti panas terbakor. Err. senang aku ada Idea mungkin macam ni kasut takkan kena curi.





Bagaimanakah solat kita? renung-renungkanlah.



Friday, 16 March 2012

nakal dulu

Waktu dahulu cerita kartun jadi cerita kegemaran. Kalau cerita Doraemon tu, semua siap terpacak depan tibi pukul 7 malam. Ada satu cerita kartun aku nak sembang sikit. Ada sesiapa ingat tak cerita ini, cerita Yu-Gi-Oh.
Sesiapa tak berapa nak ingat jom tengok video dulu.




Kalau tengok cerita ini, aku dengan kekawan memang terpengaruh gile. Letak kad sahaja keluar raksasa. Sempoi gile. Ada la satu hari itu keluar permainan kad game dia. Semua pakat dok pegi beli ramai-ramai. Kununnya boleh la keluar raksasa lawan-lawan macam dalam movie tu. Tapi harem kena tipu. Kerana kebodohon yang melampau, kami terjebak dalam satu kes ini. Biasa la, cikgu BM selalu kata itu pengaruh media massa.

Waktu dahulu, time aku dan kekawan aku balik dari solat jumaat, kami singgah satu kedai ni. "Kedai Maniam". Toke kedai dia india. Baru buka juga la kedai dia. Waktu tu, kami pegi usha sikit kedai dia tu, tengok-tengok ada jual kad Yu-Gi-Oh tu. Sirius aku cakap memang tak ada duit time tu. Kawan aku pun hasut aku dengan member lagi seorang.

Kawan: Woi ang ambik cepat, kalau tak aku tak mawu kawan dengan ang!.
Kami: Err. Okay..

Apa lagi, hasutan setan dah terkena. Memang kami kebas kad bodoh tu bawak balik rumah. Time nak keluar kedai tu. Toke kedai ada tanya kami."ampa buat apa dekat belakang tu". Kawan aku sambut dengan slumer saja "tak da pa pa". Kawan aku dengan pakai baju melayu, siap letak kad dekat poket baju dia. Memang jelas-jelas nampak sangat. Apa kebengapnya toke kedai tu entah. Lepas kami macam tu sahaja.


Kad yang awesome


Memang lepas tu aku bertaubat dah. Aku dah cuci tangan. Pada waktu petang, aku dalam perjalan balik rumah. Aku ternampak la kekawan aku tadi tu dekat kedai yang sama. Aku pun pegi dekat lepa.

Aku: Ampa dok buat apa.!
Member: Kami dok gabeleh kad Yu-Gi-Oh.

Aku pun try la masuk kedai tu nak tengok-tengok kad tu. Sirius, aku terperanjat beruk!. Lepa kebas sampai lincin, tak tinggal satu pun. Fuh! dasyat gila. Yang tak disangka-sangkakan. Toke kedai tu tak perasan yang kekawan aku dok keluar masuk ulang-ulang kali dari tadi. Sirius aku tak mawu kata yang toke kedai tu bengap nak mampoih.


Sebagai pengajaran, ampa janganlah mencuri. Kalau dahulu tak apa! kita bebudak lagi. Tak berapa nak tahu sangat. Sekarang dah besar, bawak banyak bertaubat la. Aku dah cuci tangan, ampa jangan ikut aku pulak.